Nasional

Janin ditemukan di loji kumbahan

SATU janin bayi telah ditemukan seorang lelaki yang bekerja di loji kumbahan Indah Water, Sri Damansara, Selangor pada semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima panggilan daripada lelaki kira-kira pukul 2.20 petang.

“Pekerja itu memaklumkan dia telah menemukan satu objek yang timbul dipercayai janin bayi di dalam kumbahan loji sampah.

BACA> Buruh binaan maut tertimbus diri sendiri

“Janin itu ditemukan pekerja yang sedang melakukan pembersihan inlet screen di loji kumbahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ni.

Menurut Nik Ezanee, sepasukan polis telah pergi ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan janin itu.

Jelasnya, janin itu kemudian dibungkus dan dibawa ke Hospita Sungai Buloh untuk bedah siasar bagi mengetahui punca kematian serta usia bayi.

BACA> Covid-19: Syarikat penerbangan rugi RM10.9 bilion

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyebunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Vanitha Balakrishnan di talian 017-2229832. -SM

(Visited 479 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button