Hiburan

Azhan Rani bengang gambarnya digunakan dengan berita sensitif

SEBUT sahaja nama Ustaz Mahadi dalam drama Nur, pasti ramai yang bengang dengan watak tersebut.

Kononnya berilmu dalam hal-hal agama, tapi sebenarnya berjiwa syaitan. Memang geram betul dibuatnya.

Baru-baru ini, pelbagai kes berkaitan dengan individu yang mempergunakan agama dan terlibat dengan perkara tidak senonoh menjadi tumpuan media.

Seperti biasalah, gambar Ustaz Mahadi mula digunakan sebagai gambar hiasan memandangkan personaliti watak itu sudah diketahui umum.

Namun, pelakon kepada watak itu, Azhan Rani baru-baru ini nampaknya tidak berpuas hati dengan sebuah portal hiburan yang menggunakan gambar tersebut.

Gambar Instagram Azhan Rani

Gambar tersebut digunakan tanpa sebarang penerangan tambahan seolah-olah dia pula yang terlibat dengan aktiviti tidak senonoh.

“Saya ok sahaja nak kaitkan dengan watak atau drama NUR tu dengan kes-kes macam ini.

“Tapi sebagai wakil media yang kuat jugak pengaruh di sosial media ni kan bagus kalau nampakkan sikit sopan dan beretika korang ni.

“Dah la tu gambar dari Instagram saya, kredit tidak apa pun tidak pastu suka-suka hati tak letakkan pun penerangan sekadar gambar hiasan ke apa ke. korang ni nak sangat ke aku merogol orang?” katanya menerusi satu status di akaun Instagram miliknya.

Azhan juga dalam status tersebut menganggap portal tersebut tidak mengikut etika seperti yang sepatutnya. -SM

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button