Negeri

Raja Muda Perlis zahir penghargaan program turun padang JPJ

Pendekatan program turun padang sentiasa menjadi fokus utama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi merakyatkan perkhidmatan.

Sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ yang ke-75 pada tahun 2021, JPJ Negeri Perlis sekali lagi mengambil inisiatif bekerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menganjurkan program ‘Kayuhan Amal bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail’.

Keberangkatan tiba baginda di perkarangan Masjid Al-Rahim, Titi Tok Bandar, Seriab dekat Kangar disambut oleh Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Zailani Hj Hashin dan Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah.

Hadir sama ialah AMMK Pengangkutan, Hamizan Hassan.

Program anjuran JPJ Perlis itu, secara koordinasi dan kolaboratif bersama MAIPs, Yayasan Kebajikan Negeri Perlis, UUM-ITS, DFZ Agency dan juga Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) tersebut adalah bertujuan untuk menyantuni para asnaf dan golongan yang kurang berkemampuan.

Program ini juga bertujuan membudayakan gaya hidup sihat di kalangan para penjawat awam, khususnya agensi penguatkuasa dan keselamatan selain dapat mengeratkan lagi jalinan hubungan kerjasama di antara agensi pusat dan negeri serta NGO.

Pesanan buat semua pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal supaya meningkatkan pematuhan peraturan undang-undang lalu lintas. Masih ramai ibu bapa yang membiarkan para remaja menunggang motosikal tanpa lesen memandu dan tidak memakai topi keledar. Begitu juga trend masakini yang gemar melakukan pengubahsuaian kenderaan yang tidak dibenarkan seperti memasang nombor plat ‘fancy’, menukar sistem ekzos, cermin gelap dan sebagainya.

Sempena Program kayuhan Amal ini, pihak JPJ Perlis turut mengadakan program JPJ bersama Komuniti di mana pelbagai perkhidmatan disediakan secara terus kepada pelanggan tanpa perlu datang ke pejabat melalui Van Bergerak JPJ Mobile, sesi dialog bersama Persatuan Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan yang merupakan NGO yang membantu agensi khusus dari sudut program advokasi, dan juga turut diadakan taklimat keselamatan berkaitan teknikal kenderaan oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Perlis.

(Visited 486 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button