Luar NegaraNasional

Jangkitan COVID-19 seluruh dunia cecah 800 ribu, hampir 40 ribu mati

JANGKITAN virus maut COVID-19 kini berjumlah 801,117 di seluruh dunia dan kematian yang direkodkan berjumlah 38,771 orang.

Data laman sesawang Worldmeter menunjukkan Amerika Syarikat mempunyai bilangan jangkitan tertinggi iaitu seramai 164,359 orang, diikuti Itali (101,739), Sepanyol (94,417), China (81,518), Jerman (67,051), Iran (44,605), Perancis (44,550) dan United Kingdom (22,141).

Turut mempunyai bilangan kes yang tinggi adalah Switzerland (16,176), Belgium (12,775), Belanda (11,750) dan Turki (10,827).

Sepanyol merupakan negara yang mempunyai peningkatan kes tertinggi hari ini iaitu penambahan 6,461 kes dan Iran peningkatan sebanyak 3,110 kes.

Itali masih lagi negara yang mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 11,591 kes, diikuti Sepanyol (8,189), China (3,305),  Amerika Syarikat (3,173), Perancis (3,024), Iran (2,898) dan United Kingdom (1,408).

Malaysia berada pada kedudukan ke-25 negara paling banyak jangkitan iaitu seramai 2,766 orang dengan 43 kematian.

Di negara ini 58 orang lagi telah pulih daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan discaj dari wad pada hari ini. Menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah  sebanyak 537 kes.

Sementara itu sejumlah 140 kes baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,766 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, seramai 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu enam lagi kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan dengan jumlah kumulatif kes  kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 43 kes.

Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750.

Mangsa telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.04 petang. -SM

 

 

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button