NegeriRencah HidupTravel

“Lockkan” pasar malam Du Son, Satun, syurga makanan wajib lawat

KALI ini lawatan diketuai “Cik Bella” buat pertamakali letakkan pasar malam Du Son sebagai destinasi rombongan ke Satun.

Penulis sendiri membayangkan ia adalah pekan sehari seperti Nat Pokok Getah yang terkenal di Perlis sebab ya lah masing-masing menyebutnya “Nat Dusun”.

Tambahan pula disebut sebagai “Dusun” maka pastinya Nat atau pekan sehari ini terletak di dalam dusun buah-buahan yang dikatakan sepanjang satu kilometer itu.

Toto Fries yang tengah viral ada di Pasar Malam Du Son, Khuan Don, Satun.

Rupanya kata pemandu van yang membawa rombongan ini yang dikenali sebagai Wahab (nama paling trending di Malaysia sekarang ini) Du Son itu adalah bahasa Thailand yang bermaksud pasar malam.

Pasar Malam Du Son ini terletak dalam Daerah Khuan Don di Wilayah Satun ini sudah lama dibuka cuma sejak kebelakangan ini mula menjadi tumpuan kepada pelancong Malaysia.

Ia cuma beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad mulai pukul 4 petang sehingga 9.30 malam.

Sebaik melangkah turun dari van, lokasi pasar malam Du Son sebenarnya terletak di kawasan luas bertar yang dibarisi dengan gerai makanan dan juga “bundle” seperti pakaian, kasut dan mainan kanak-kanak.

Vietnam Roll dengan isinya yang dipelbagaikan pasti menarik perhatian peminat makanan ini.

Namun “bundle” bukan tujuan utama kami yang menjejakkan kaki buat pertama kali ke sini, apa yang utama adalah makanan.

Sesungguhnya, Du Son adalah “port” syurga makanan di Satun.

Boleh dikatakan setiap gerai menjual jenis makanan yang berlainan, jadi kalau masuk ke pastinya akan menjadi “rambang mata” kepada peminat makanan.

Mana tidaknya makanan tengah viral seperti Toro Fries di Hatyai pun ada di pasar malam di sini dengan harga jauh lebih murah.

Bagi peminat makanan tradisional Melayu masih ada seperti lemang sama ada pulut putih atau pulut hitam, pasembor.

Peminat makanan Korea seperti ayam goreng juga ada, malah sushi bagi yang meminati makanan Jepun selain kunafa, dim sum dan vietnam roll.

Boleh dikatakan semua makanan di sini bukan sahaja enak malah dibuat dalam bentuk menarik sehingga menambat hati untuk membeli.

Pasar malam Du Son, Khuan Don, Satun menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu.

Umpamanya creepe ranggup dalam pelbagai bentuk unik dan intinya juga dari bermacam ramuan.

Selain itu pelbagai roti, kek dan donut dalam pelbagai hiasan dan bentuk yang unik.

Tidak kurang juga peminat ayam yang boleh menikmatinya dalam pelbagai menu termasuk yang dimasak di dalam periuk besar.

Yang pastikan sesiapa yang pernah ke pasar malam “Du Son” akan “lockkan” ia sebagai lokasi wajib pada lawatan di lain kali kerana yang pastinya ia akan menjanjikan makanan yang enak dan unik rupanya. – SM

BACA Inovasi representasi kuih tradisional Melayu di Pasar Sehari Ban Chin, Satun

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button