Nasional

Jangan tularkan siasatan polis atau tindakan tegas diambil

POLIS menegaskan bahawa tindakan merakam gambar atau video bukan satu kesalahan jenayah.

Tetapi jika video itu disebarkan atau tular di laman sosial yang boleh mengganggu siasatan, perkara itu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu memulakan penghantaran dengan niat mengganggu orang lain.

Perkara itu ditegaskan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkenaan tangkapan seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan semasa serbuan polis yang dilakukan di sebuah rumah di sini berkaitan dengan siasatan hasutan yang melibatkan Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (Umany).

Menurut Huzir, pihaknya telah melakukan serbuan di sebuah rumah di kawasan Petaling Jaya dengan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Hasutan 1948.

“Sebelum memulakan penggeledahan, pegawi serbuan telah memakai jaket polis dan menunjukkan kad kuasa kepada seorang lelaki yang diberada di dalam rumah namun tiada kerjasama diberikan.

“Kemudian, tiba seorang wanita yang mengaku peguam dan seorang lelaki lain yang tiba serta membuat rakaman secara langsung menerusi Facebook (FB Live)

“Pegawai juga telah beberapa kali memberi amaran agar menghentikan tindakannya namun lelaki itu tetap meneruskan rakamannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, susulan itu, tangkapan telah dibuat terhadap lelaki berusia 23 tahun itu kerana mengganggu proses siasatan dan menghalang penjawat awam.

Ujarnya, tangkapan dibuat kerana kesalahan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana setiap siasatan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan termasuk di media sosial.

Tambahnya, orang ramai diseru supaya sentiasa memberi kerjasama dan tidak mengganggu siasatan polis untuk mengelak tindakan tegas diambil.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pernyataan dari Umany direkodkan, setelah dua orang pemimpinnya dipanggil polis.

Presiden Umany, Yap Wen Qing dan Naib Presiden, Tan Li Yuan memasuki balai polis Kajang sekitar jam 2 petang dan keluar pada jam 4.40 petang, Khamis (5 Nov).

Peguam mereka, Rajsurian Pillai, mengatakan bahawa anak guamnya disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia melalui catatan Facebook yang bertajuk “Yang di-Pertuan Agong Tidak Boleh Campur Tangan dalam Hal Ehwal Nasional”.

“Kedua-dua anak guam saya bekerjasama sepenuhnya. Setakat ini, kami diberitahu bahawa 42 laporan telah dibuat di seluruh negara ekoran kenyataan tersebut.

“Polis tidak menafikan bahawa pernyataan tambahan akan diambil di masa depan dan anggota Umany lain dipanggil. Tetapi buat masa ini, mereka belum mengatakan apakah mereka perlu kembali, ”katanya. -SM

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button