fbpx
Politik

Jangan terperangkap `taktik halus’ tarik hati Melayu – Najib

PESAN bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada orang Melayu – jangan terpedaya dengan taktik halus parti tertentu yang sanggup menyanyikan lagu Hari Raya Aidilfitri dan memakai baju Melayu sedangkan hati dan jiwanya menolak melakukannya.

Beliau percaya ia berlaku kerana pihak terbabit sedar kelemahan orang Melayu yang cepat tertarik dengan perlakuan sedemikian, lantas memainkan sentimen tersebut.

“Bahkan ada ungkapan Melayu disebut-sebut…amar makruf nahi mungkar. Macam itu (sekali) dan sebahagian orang Melayu tertarik dan boleh lupa mereka ada niat dan agenda pada orang Melayu.

“Memang hati perut mindanya itulah dia….bahaya….orang Melayu tak nampak sehingga sanggup jadi ahli.


“Kita bukan main sentimen perkauman, orang Cina yang baik dengan Melayu kita sokong, saya pun ramai kawan Cina yang terima kita yang memang amalkan dasar multiracial di negara kita,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA dalam pertemuan di Langgak Duta semalam.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menerusi catatan di Facebook semalam mengingatkan, parti rasis dan cauvinis tetap tidak boleh dipercayai meskipun mengambil pendekatan menggunakan tulisan Jawi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam.

“Lihatlah bagaimana Lim Kit Siang cuba menggunakan tulisan untuk menarik hati orang Melayu Islam.
“Namun, bila mana kerajaan mahu gunakan tulisan jawi dalam pendidikan, apakah mereka terima? Justeru itu, DAP tetap parti yang tidak boleh dipercayai,” tegasnya.

Beliau turut memuat naik poster veteran DAP itu bersama ucapan Hari Raya di akaun Facebook yang mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata pengguna media sosial sependapat bahawa DAP adalah parti yang kuat bermain ‘wayang’ untuk mengambil hati orang Melayu. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button