Nasional

Jangan terpedaya dengn visa furada – TH

MASYARAKAT diingatkan supaya tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan visa diurus sendiri untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataannya hari ini berkata, penangguhan itu turut melibatkan semua bakal haji termasuk yang bercadang menggunakan visa yang diuruskan sendiri iaitu visa furada.

“Pada masa ini, kerajaan telah mengawal perjalanan ke luar negara kepada semua rakyat Malaysia ekoran wabak COVID-19 yang melanda dunia.

“Kerajaan telah menangguhkan (penghantaran jemaah haji Malaysia untuk menunaikan) ibadah haji tahun ini kerana mementingkan keselamatan dan kesihatan bakal jemaah khususnya dan rakyat Malaysia amnya,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan dakwaan mengenai 51 agensi pengelola haji swasta yang mengalami kerugian besar akibat keputusan penangguhan itu.

Menurutnya, untuk musim haji 1441 Hijrah (2020), TH telah meluluskan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 24 syarikat agensi pelancongan sahaja.

“sehingga kini, seramai 2,200 bakal haji telah memilih untuk menunaikan haji menggunakan perkhidmatan pakej PJH yang dilesenkan oleh TH dan anak syarikatnya iaitu TH Travel & Services (THTS).

“Tiada sebarang kuota khas diperuntukkan kepada mana-mana PJH atau mana-mana agensi pelancongan swasta,” katanya.

Jelasnya, ia berikutan nasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 6 Mac lalu untuk menangguhkan sebarang komitmen kewangan bagi musim haji tahun ini. – SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button