fbpx
Hiburan

Jangan sesuka hati hentam keputusan Pavithra

KECOH pasal isu YouTuber yang cukup popular ketika ini, Pavithra selepas dia memaafkan suaminya yang cuba mencederakannya.

Malah, ramai pula yang mengaitkan apa yang berlaku terhadap Pavithra dengan kisah seorang lagi artis iaitu bella Astillah.

Sedar dengan apa yang berlaku, Bella meminta netizen supaya menerima dengan hati yang terbuka terhadap keputusan yang dibuat Pavithra.

“Korang sibuk betul pasal Pavithra dan samakan dia dengan kita kononnya, dia Bella Astillah 2.0. Hanya kerana dia memilih untuk maafkan suami dia?


“Anda nak dia buat keputusan yang macam mana? Bercerai terus? Tak payah fikir pasal anak-anak? Pasal rumah tangga? Pasal keluarga?” tulisnya.

Menurut Bella, orang yang mengecam tindakan Pavithra terhadap suaminya perlu memperbaiki kelemahan diri dulu.

BACA> Adakah populariti beri kesan pada kehidupan Pavirtha dan Sugu?

“”Dia nak jadi single ke, nak kahwin lain ke itu adalah hak dia. Apa juga kesan yang akan dihadapi selepas membuat keputusan akan dilaluinya seorang,” katanya.

Jelas Bella, sebab itu kita tidak boleh menilai tindakan seseorang itu berdasarkan pendapat kita sendiri kerana bukan kita yang melaluinya.

Tambahnya, adalah lebih baik jika semua orang mengambil keputusan untuk mendoakan yang terbaik buat Pavithra daripada mengecam semua tindakan yang diambilnya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button