Penyakit

Qatar mula kenakan sekatan terhadap pelancong China

Qatar mewajibkan pelancong yang tiba dari China menunjukkan keputusan hasil ujian Covid-19 yang diambil selepas 48 jam bermula hari ini.

Kementerian Kesihatan Awam negara itu menjelaskan semalam, ujian itu dikenakan ke atas semua pelancong tanpa mengira status vaksinasi.

Ia merupakan langkah sementara memandangkan China sedang mengalami gelombang Covid-19 varian baharu.

Australia, Kanada, Jepun, Itali, Sepanyol dan Maghribi turut melakukan perkara yang sama seperti Qatar.

Setakat ini kerajaan Malaysia belum lagi mengeluarkan arahan apa-apa berhubung kemasukan pelancong dari China. – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button