Politik

Jangan sepikan kenyataan bekas KPN – Ashraf Rosli

MINGGU lepas topik atau isu hangat yang menjadi perbincangan ramai berkaitan dengan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Hamid Bador. Bagi wartawan meja jenayah yang berpeluang bertemu beliau, mengetahui karakter atau keperibadian Hamid secara luaran.

BEKAS KPN, Tan Sri Hamid Bador

Selama dua tahun berkhidmat dengan jawatan yang disandang, jangan dinafikan jasa beliau sebagai KPN dan kejayaan Polis diRaja Malaysia (PDRM) tidak perlu dihurai satu demi satu hanya semata-mata mahu mencari kejayaan PDRM di bawah Hamid.

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia, Ashraf Rosli dalam satu kenyataannya kepada SUARA MERDEKA berkata, keberanian dan ketegasan Hamid mengeluarkan kenyataan berhubung rasuah yang melibatkan pemimpin politik, semakin berleluasa di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan adanya campur tangan mengeri dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai tinggi polis adalah satu kenyataan yang amat berani.

Menurut Ashraf, dakwaan itu yang dikeluarkan di hujung-hujung Hamid menjawat jawatan sebagai KPN  sebenarnya agak tepat pada masanya.

“Mungkin selama ini beliau sukar untuk mendedahkan secara terbuka senario berkenaan disebabkan jawatan sebagai KPN yang disandang oleh beliau dan beberapa sebab musabb yang lain.

“Akan tetapi di penghujung penjwatannya, beliau memandang serius kerana ia telah mengesahkan tanggapan umum iaitu majoriti rakyat bahawa PN terpalit dengan jual beli katak-katak politik untuk terus kekal berkuasa,” kata Ashraf dalam kenyataannya yang sama.

Menurut Ashraf lagi, pada pendapat PUTRA, pendedahan yang dilakukan itu belum terlewat dan yang penting, ada pendedahan yang berani dan telus serta terus terang kerana isu ini sebenarnya sudah menjadi barah sekian lama .

“Pendedahan Hamid menimbulkan pelbagai reaksi, tohmahan dan sokongan rakyat yang tidak berkepentingan kecuali mereka yang ingin melihat PDRM menjadi pelaksana undang-undang yang berkesan dalam mendaulatkan undang-undang di negara ni,” tegas Ashraf.

Kata Ashraf lagi, PUTRA berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudahpun menjalankan siawstan dan mengambil tindakan segera tanpa memilih bulu agar kredibniliti dan integrity PDRAM tidak dipandang sinis dan wsekaligsu, dianggap sebagai retorik picioan sehaja.

“PUTRA juga ingin menyeru agar satu tindakan susulan diambil ke atas segala dakwaan oleh Hamid dalam kapasit beliau ketika menjadi KPN kerana ia melibatkan maruah dan nama baik bukan sahaja PDRM malahan juga ahli politik negara yang dipilih rakyat,” ujarnya. – SM

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button