Hiburan

Jangan sampai hilang maruah nak promosi produk – Elly Mazlein

MEMPROMOSIKAN produk dengan kandungan tidak senonoh, senisitif dan dan mengaibkan hingga hilang perasaan malu.

Itu yang menjadi kemarahan kepada penyanyi, Elly Mazlein yang menasihatkan peniaga supaya tidak keterlaluan mempromosikan produk mereka di alam maya.

“Ini nak cakap sikit. Sakit betul hati aku. Sesiapa yang nak menjual produk, jual betul-betul.

“Pemasaran elok-eloklah sikit. Ini bagi aku video goyang-goyang buah dada. Wanita bertudung joget-joget bergegar-gegar apa benda ini?

“Maruah pergi mana? Tidak tahu malu ke? Jangan bagi aku iklan bingai macam ini ya. Malu dekat diri sendiri,” tulisnya.

Sebenarnya, beberapa artis lain pun sudah memberi nasihat sama seperti Elly.

Namun, masih ada artis yang giat mempromosikan produk menerusi akaun media sosial masing-masing tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada masyarakat. – SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button