Uncategorized

Pensyarah tentang Statut Rom Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu

Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz dipilih sebagai Penyandang Kerusi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Beliau mengantikan Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling yang menjawat jawatan tersebut sejak pada 8 Disember 2017.

Kursi itu mula disandang oleh  Datuk Dr Hasan Mad pada 1 Januari 2015.  Penubuhan Kursi Institusi Raja-raja Melayu UiTM sebagai usaha UiTM untuk memartabatkan dan memperkasakan Institusi Raja-raja Melayu di negara ini.

Kursi Institusi Raja-raja Melayu UiTM itu juga diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dengan memberi kefahaman yang jelas dan tepat berkaitan Institusi Raja-raja Melayu.

Dr. Shamrahayu antara empat ahli akademik menyerahkan rumusan eksekutif mengenai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Majlis Raja-Raja pada tahun 2019.

Keempat-empat mereka telah membentangkan kertas kerja mengenai Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, kepada Majlis Raja-Raja, serta menyentuh mengenai kesan negatifnya terhadap Institusi Diraja.

Rumusan eksekutif kertas kerja oleh mereka kemudiannya didedahkan oleh sekumpulan aktivis pelajar pada 7 April 2019 yang mereka dakwa digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja-raja agar menolak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Penyerahan rumusan eksekutif itu turut membuatkan peguam negara pada masa itu Tan Sri Tommy Thomas pada 27 April 2019 kecewa kerana tidak berpeluang berbahas dengan ahli akademik tersebut termasuk Dr. Shamrahayu berhubung Statut Rom.

Rumusan itu menyebabkan Kerajaan pada waktu itu  menarik diri daripada statut tersebut. -SM

(Visited 1,562 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button