BeritaRencah Hidup

Lelaki kayuh basikal ke Mekah didakwa menipu?

KUALA LUMPUR – Duit sumbangan masyarakat untuk misi kayuhan solo ke Mekah dibuat beli benda lain?

Itu antara persoalan yang ditimbulkan netizen apabila terdapat dakwaan daripada penduduk setempat bahawa seorang lelaki yang berhasrat melakukan kayuhan solo ke Mekah dipercayai menipu.

Situasi berkenaan tular dalam media sosial apabila penduduk setempat mendakwa ternampak lelaki itu berada di tempat tinggalnya dekat Felda Palong 4, Jempol, Negeri Sembilan.

Kisah tersebut dimuat naik beberapa page Facebook menerima kecaman ribuan pengguna media sosial yang mendakwa ditipu oleh warga emas itu.

Lebih teruk, netizen yang maklum tinggal di kawasan sama turut mendakwa lelaki berkenaan telah membeli beberapa buah kenderaan baharu termasuk sebuah kereta dan dua buah motosikal.

“Dua malam berturut-turut saya nampak dia dekat dobi. Pergi Mekah apa, muka pun berlagak,” kata Norus Suhailillah

“Gambar terbaharu, pagi semalam, lokasi tapak pasar tani Palong 4, 5 dan 6. Bukan kaleng-kaleng kereta itu, walaupun second. Itu belum motor Ysuku baharu lagi dengan sebiji motor EX5,” beritahu Khairil Khalid MySvoc.

Selain itu, lelaki itu turut didakwa kerap kelihatan di kawasan setempat dan netizen mempersoalkan laporan media mengatakan dia sedang menuju ke Tanah Suci.

“Tadi pun ada orang nampak dia dekat pasar tani Palong hahaha…,” kata Muhammad Halim.

“Umrah apa pula? Dia ada dekat Palong hah, dua hari baru datang kedai beli santan tempat saya kerja,” luah Alonz Norman.

Mula perjalanan ke Mekah

Lelaki berkenaan sebelum ini dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan pada 13 Disember lalu sedang dalam misi menuju ke Tanah Suci untuk menunaikan haji.

Sitdek Ahmad Ali, 52 dikatakan menempuh perjalanan sejauh 15,700 kilometer melalui beberapa bandar utama negara termasuk Bangkok, Islamabad, Kabul dan Dubai.

Sitdek tampil beri penjelasan

Walau bagaimanapun, menerusi satu laporan terbaharu daripada Harian Metro, Sitdek menjelaskan terpaksa menangguhkan perjalanan akibat banjir.

“Saya meneruskan kayuhan untuk mengumpul dana seperti dijadualkan. Misi saya ke Mekah adalah pada tahun hadapan.

“Ketika jelajah, saya dinasihatkan pulang selepas terkandas dalam banjir di Kuantan, Pahang pada 19 Disember,” jelasnya.

Beliau turut menjawab beberapa dakwaan mengatakan bahawa duit sumbangan orang ramai digunakan untuk membeli kereta dan motosikal baharu.

“Saya beli kereta terpakai menggunakan wang hasil jualan kuda, sementara motosikal pula adalah milik anak,” ujarnya. – SM

(Visited 2,263 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button