Politik

Saya akan lantik pegawai daripada setiap kaum jika menang PRU-15,” – Rina Harun

Calon PN Sepang, Datuk Seri Rina Harun akan melantik pegawai khas daripada setiap kaum untuk menjadi wakil dalam melaksanakan aduan dan sebagainya.

Dalam masa sama, Rina memiliki hasrat yang besar untuk membantu para usahawan di Sepang jika diberikan mandat untuk membantu penduduk setempat.

“Saya lihat di Sepang ada banyak tarikan dan produk yang menarik antaranya makanan autentik seperti nasi ambang, pecal malah kerepek.

“Yang ramai orang tak tahu, banyak yang telah dieksport ke luar negara dan lain-lain produk sebenarnya boleh diketengahkan kepada pelancong luar,” katanya.

Rina berkata demikian ketika ditemui Suara Merdeka semasa beliau menjalankan kempennya bertemu orang ramai di Pasar Malam Bukit Bangkong, Sepang.

Selain meletakkan fokus keperluan rakyat dan membangunkan pendapatan masyarakat di Parlimen Sepang, Rina mempunyai satu perjuangan yang besar.

“Saya lihat faktor indeks kebahagian rakyat di kawasan Selangor masih rendah kerana salah satu puncanya adalah dari segi pendapatan.

“Jadi untuk mengatasi permasalahan ini, rakyat yang juga terdiri daripada penjaja berpeluang untuk menyertai program keusahawanan,” katanya.

Ketika ditanya sumber keberanian untuk bertanding, Rina menegaskan bahawa Sepang adalah tempat beliau membesar.

Dalam erti kata lain, Rina bangga untuk mengaku anak jati Sepang dan banyak pencapaian untuk rakyat telah dilakukan secara berstrategik. – SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button