NasionalNegeri

Raja Muda berkenan hadir di ‘SnappEd#09 Perlis International Education Expo 2023’

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri
‘SnappEd#09 Perlis International Education Expo 2023’ dari 23 – 24 September di Dewan 2020 Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda ke expo anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama SnappEd yang turut membabitkan pameran agensi luar, aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum, ‘fun run’, inovasi, bazar PPKI, stesen pembelajaran dan juga ‘Gamified Perlis 2023’ itu disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman serta para pegawai kanan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mendengar penerangan seorang pelajar mengenai projek yang dihasilkan pada ‘SnappEd#09 Perlis International Education Expo 2023’ dari 23 – 24 September di Dewan 2020 Kangar.

Antara penaja utama program berkenaan adalah Faizuddin Center Of Educational Excellence (FCoEE), Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Telekom Malaysia (TM), SAR dan CIMB Bank.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas majlis tersebut menitahkan bahawa ciri pelajar yang cemerlang adalah apabila mereka juga aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Senario ini, dapat membentuk seseorang pelajar menjadi individu lebih berdisiplin malahan dapat mengasah bakat atau sifat kepimpinan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mendengar penerangan oleh pelajar mengenai projek yang dihasilkan pada ‘SnappEd#09 Perlis International Education Expo 2023’ dari 23 – 24 September di Dewan 2020 Kangar.

Penglibatan diri dalam bidang sukan dan permainan juga dapat meningkatkan kesihatan serta komunikasi dengan baik dalam satu pasukan.

Menurut Baginda, murid yang cemerlang sentiasa menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Seseorang murid perlulah menumpukan perhatian dalam melakukan sesuatu perkara maka hasil yang baik akan diperoleh.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mendengar penerangan seorang pelajar mengenai projek yang dihasilkan pada ‘SnappEd#09 Perlis International Education Expo 2023’ dari 23 – 24 September di Dewan 2020 Kangar.

Tambah Raja Muda pada masa yang sama murid yang cemerlang akan memastikan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru disiapkan dan mengulang kaji pelajaran di rumah.

Apabila murid dapat menyiapkan tugasan, pasti mereka akan memahami dan berjaya menguasai subjek tersebut dengan baik.

Mereka dapat mengaktifkan memori jangka panjang dalam pembelajaran yang telah dipelajari dan latihan yang banyak membantu diri mereka untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.

Turut berangkat ke expo tersebut kemudiannya ialah anakanda bongsu Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.- SM

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button