pilihanPolitik

Jangan paksa UMNO keluar dari kerajaan – Ahli Parlimen UMNO

USAHA Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ingin membawa parti tersebut keluar daripada kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) nampaknya tidak mendapat persetujuan ahli-ahli Parlimen UMNO.

Malah, Ahli-ahli Parlimen UMNO sendiri memintu supaya Ahmad Zahid berhenti daripada memaksa mereka berbuat demikian dalam satu pertemuan yang turut diharidi oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan pada semalam.

Sebuah portal melaporkan seorang daripada Ahli Parlimen menyifatkan bahawa usaha Ahmad Zahid itu hanya akan menimbulkan kemarahan rakyat dan mahu perkara itu disampaikan kepada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Julai 2021 nanti.

“Jika kita keluar kerajaan, kemungkinan kerajaan ini akan jatuh. Apa selepas itu? Mengadakan PRU sebelum kekebalan kelompok dicapai adalah sesutu kerja gila. Lebih gila keluar kerajaan menjadi second fiddle kepada Anwar Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi Ahli Parlimen UMNO dari utara memberitahu yang usaha untuk mengeluarkan UMNO dari kerajaan hanya bersifat mementikan diri sendiri.

“Kita bertungkus lumus membantu rakyat bagi menyelesaikan masalah Covid-19 ini. Namun ada pimpinan tertinggi parti bertungkus-lumus merosakkan semua usaha ini. Apa sebenarnya perjuangan kita?”

Dalam perjumpaan semalam juga, 35 Ahli Parlimen BN telah sepakat mahu seorang daripada mereka dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kami telah berbincang dengan pihak Perdana Menteri bagi perubahan dalam kerajaan sekiranya diperlukan dan kami berharap Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO mengiktiraf pelantikan TPM dari UMNO dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada.” katanya.

Untuk rekod, Ahli Parlimen UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan yang dia tidak ada masa untuk bermain politik sekaligus mencerminkan pendiriannya mengenai isu tersebut.

Menurut Khairy, apa yang menjadi keutamaannya kini adalah untuk memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar. -SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button