Nasional

Jangan leka walaupun vaksinasi dewasa cecah 90% – Dr. Noor Hisham

JANGAN leka walaupun kadar populasi dewasa lengkap divaksin hampir mencecah 90 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut menasihatkan jangan mengambil mudah terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Jangan leka. Walaupun kadar vaksinasi orang dewasa kita hampir 90%, ini bukan alasan untuk kita mengambil mudah terhadap prosedur operasi standard Covid-19.

“Kita mesti terus mematuhi semua langkah berjaga-jaga termasuk ujian diri. Sentiasa berjaga-jaga setiap masa,” katanya di Twitter.

HANYA tinggal 0.3 peratus lagi untuk mencecah 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan sejumlah 89.7 peratus atau 21.003 juta penduduk dewasa telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Sementera itu Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 7,373 kes baharu Covid-19 semalam.-SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button