fbpx
Nasional

Jangan lagi sindir menyindir, berbahasa kesat

PENGERUSI Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim meminta kepimpinan Bersatu, UMNO dan Pas mewujudkan kesepakatan dalam segala isu perjuangan.

Menerusi ciapan di laman twitter beliau hari ini, Rais berharap tiada lagi ungkapan atau tindak tanduk berbaur sindiran dan bahasa kesat terjadi dalam kalangan mereka.

“Jangan sindir menyindir. Jangan berbahasa kesat.

“Kini kita dalam bersatu dalam Perikatan Nasional.

“Buktikan kita mampu mentadbir negara dan bersatu hati sebangsa seagama,” kata bekas menteri kanan tersebut. – SM


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button