
“Jangan keterlaluan sehingga menjadi tajuk berita gosip”-Syerleena tegur Syed Saddiq
AHLI Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menegur Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar tidak melupakan tanggungjawab utamanya sebagai wakil rakyat.
Menurut Syerleena, beliau bimbang kerana nama Syed Saddiq kini lebih kerap dikaitkan dengan gosip hiburan, khususnya berhubung keakrabannya bersama pelakon Bella Astillah.
Beliau yang menganggap Syed Saddiq sebagai seorang adik turut menasihatinya agar memberi tumpuan kepada tugasnya dan menjadi contoh terbaik kepada golongan belia.
”Akak faham adik nak tunjukkan yang adik menjiwai anak muda suka bersukan, melancong, melepak dengan artis”itu tiada masalah.
“Tetapi jangan keterlaluan sehingga menjadi tajuk berita gosip. Kita kena tunjuk teladan yang baik kepada anak muda menerusi media sosial”. katanya dalam satu hantaran di TikTok.