BeritaHiburanPolitik

Sikap semberono artis menyokong parti politik memakan diri

SUARA MERDEKA: Sejak kebelakangan mungkin ramai tidak sedar artis popular seperti Hattan dan lain-lain lagi tidak muncul di kaca-kaca televisyen mahupun di corong-corong radio.

Bunyinya seperti klise dan retorik, tetapi itulah hakikat di negara kita ini yang kononnya memasuki era baharu.

Artis seperti Hattan hanya dijemput membuat persembahan semasa kempen pilihan raya tetapi terus dicap sebagai penyokong kerajaan terdahulu dan digam secara tidak rasmi oleh kerajaan hari ini.

Bahkan bayaran beliau sendiri tidak dilunaskan oleh stesen televisyen dipercayai kerana isu yang sama.

Bagaimanapun bagi bekas pelakon Spanar Jaya, Wardina Safiyyah menangis gara-gara netizen men’troll’ beliau di satu hantaran video pada satu laman facebook perniagaan yang berkerjasama dengannya untuk produk tudung.

Beliau yang kini tinggal di Australia memang terkenal sering menyibuk untuk mengulas segala macam isu yang beliau sendiri tidak benar-benar faham dan kini menerima padahnya.

Melalui siaran langsung IG Story di akaun instagramnya, Wardina berkata beliau kesal dengan rakyat Malaysia yang menurutnya mengganggu (harassing) laman facebook perniagaan  tudung terbabit.

Antara kempen yang dimainkan oleh Pakatan Harapan untuk Maszlee Malik adalah memansuhkan tol di Simpang Renggam sekiranya PH menang PRU 14.

https://youtu.be/I9uPNAHwzfQ
Video semasa berkempen untuk pilihan raya lalu.

Walaubagaimanapun, setelah lebih setahun memenangi pilihanraya, plaza tol di Simpang Renggam masih tersergam indah dan pembayaran tol tetap berjalan seperti biasa. 

Walau bagaimanapun, melalui beberapa komen yang ditunjukkan beliau, Buletin TTKM mendapati kebanyakan komen yang diberikan netizen adalah lebih kepada berbentuk sinis dan troll terhadap Wardina sendiri, antaranya:

“Makcik Pakcik, Dia ni baik orangnya.. Baik sangat… Tol free” 

“Maszlee baik orangnya… terus pakcik makcik percaya ***** Wardina. moga bahagia di akhirat nanti.”

“This will contribute to toll demolish or not? If purchase from Malaysia, GST included?”

“Shawl gambar tol Simpang Renggam warna merah PPBM ada tak? Kalau ada nak beli satu kasi Maszlee pakai…” 

“I believe Maszlee Malik is a good man, i know him aunties!” yeah right, says a woman living in Australia. Thousand have lost their jobs and the figures keep counting”

“Amboi kak! Lawa tudung tu.. Sesuai sangat-sangat kalau dipadankan dengan kasut hitam.. Meletop!” 


(Visited 354 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button