Politik

Jangan jadi kerajaan hamba tebusan

JIKA mana-mana pihak sekalipun dipilih mengambil alih kerajaan selepas ini atas perkenan Yang di-Pertuaan Agong, tidak boleh meletakkan kerajaan dalam keadaan serba salah ibarat dijadikan hamba tebusan.

Kerajaan hamba tebusan yang diwarisi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata sukar untuk bergerak kerana terlalu banyak permintaan yang harus dipenuhi terutama dalam menyusun menteri kabinet.

Menteri kabinet yang dilantik berasaskan parti dan bukan kerana kebolehan menyebabkan banyak dasar kerajaan gagal dilaksanakan dengan lancar dan mengelirukan rakyat.

Pada kebanyakan masa para menteri kabinet menjadi bahan jenaka dan pastinya memberi imej buruk kepada kerajaan.

Mungkin saranan Ketua Pemuda Umno telah Asyraf Wajdi Dusuki yang mengingatkan calon perdana menteri untuk BN untuk tidak membuat sebarang perjanjian mengekalkan struktur kabinet kerajaan PN, perlu diambil perhatian.

Sebaliknya, kata Asyraf, calon itu harus taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah kabinet yang mampu menterjemahkan permuafakatan dan perpaduan semua parti-parti politik dalam tempoh untuk menangani Covid-19.

“Dalam mesyuarat Majlis Kerta Tertinggi (MKT) malam tadi, saya menegaskan bahawa siapapun yang dinamakan sebagai calon perdana menteri daripada BN/Umno, tidak boleh mengikat dirinya dengan apa jua bentuk perjanjian untuk mengekalkan struktur kabinet kerajaan PN yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Tentunya ada sebab dengan penuh hikmah kenapa Tuanku Yang di-Pertuan Agong menitahkan ‘Undi Percaya’ atau ‘Vote of Confidence’ dilakukan di Parlimen untuk mengabsahkan kedudukan Perdana Menteri, setelah dinamakan kelak oleh baginda,” tambah Asyraf.

Umno dikatakan mencapai kata sepakat untuk menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.
Menurut sumber Umno, persetujuan itu dicapai hasil pertemuan ahli-ahli parlimen parti itu di Kuala Lumpur, semalam.

Dua hari lalu, Asyraf mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan yang dipimpin perdana menteri interim yang tidak kontroversi.

Dia tidak menamakan individu tertentu yang akan memenuhi kriteria tersebut tetapi menyorot bahawa mana-mana perdana menteri sementara harus mempunyai mandat yang terbatas berkaitan dengan pemulihan negara.

Dengan sokongan semua 42 ahli parlimen Umno dan BN, Ismail Sabri kemungkinan akan menjadi perdana menteri seterusnya dengan 115 ahli parlimen jika tiada sebarang perubahan pada saat-saat terakhir.

Muhyiddin mengundurkan diri pada hari Isnin setelah kehilangan majoriti.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong memerintahkan semua ahli parlimen mengemukakan pilihan perdana menteri mereka, sebelum jam 4 petang hari ini, untuk mengisi kekosongan itu.

Dalam ucapan peletakan jawatannya di televisyen, Muhyiddin menekankan bahawa dia tidak akan bekerja dengan “kleptokrat”.

Hari ini The Star melaporkan bahawa Raja-Raja Melayu akan bersidang pada hari Jumaat, kemungkinan besar untuk membincangkan keputusan 220 anggota parlimen dalam memilih perdana menteri .

Muhyiddin sebelumnya menegaskan dia tidak akan bekerjasama dengan “kleptokrat”.

Difahamkan, dia merujuk kepada beberapa pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak, yang terlibat dalam kes rasuah, dan berperanan memimpin 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

(Visited 601 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button