Nasional

Jangan ingat berbasikal rentas negeri boleh lepas

JANGAN kata naik kenderaan bermotor, jika anda berbasikal merentas negeri tanpa kebenaran pun akan dikompan.

Begitulah nasib yang dialami tiga lelaki apabila mahu melakukan sukan riadah berbasikal dari Ampang Selangor merentasi Jelebu, Negeri Sembilan.

Mereka dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Seksyen 25 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Kumpulan lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditahan di jalan masuk ke Kampung Chennah jam 10 pagi semalam oleh anggota polis dan rela yang meronda.

Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, mereka perlu membayar kompaun tersebut di Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu sebelum 3 Jun depan atau mereka akan berhadapan dengan tindakan pendakwaan.

Orang ramai tidak merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB) sama ada riadah berbasikal, konvoi bermotosikal atau kereta tanpa kebenaran pihak polis.-SM
(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button