Luar Negara

Arab Saudi tutup pusat beli-belah, restoran, kakitangan kerajaan kerja di rumah

SEMUA pusat membeli-belah dan restoran di Arab Saudi telah diarahkan tutup sementara kakitangan kerajaan pula diminta berada di rumah selama 16 hari..

Itu merupakan langkah terkini yang diambil oleh kerajaan Arab Saudi dalam menangani wabak coronavirus atau covid-19.

Hanya mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan, keselamatan dan tentera dikecualikan daripada larangan tersebut.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan kedai dan taman riadah ditutup. Hanya pasar raya dan farmasi dibenarkan dibuka dan penghantaran makan turut dibenarkan.

Langkah lain yang diambil oleh Arab Saudi ialah meminta syarikat mengkuarantin pekerja asing yang baru tiba selama 14 hari.

Orang ramai juga dilarang untuk berkumpul di pantai ataupun taman rekreasi.

Pada Ahad, Menteri Kesihatan Tawfiq Al-Rabiah melalui pesanan video meminta orang ramai memberikan kerjasama untuk mengawal wabak coronavirus daripada terus merebak.

Arab Saudi kini mencatatkan 15 kes baharu menjadikan keseluruhan 118 kes.

Mangsa termasuk masing-masing seorang warga Filipina dan Indonesia yang ada berhubungan dengan kes sebelum ini dan telah dikuarantin di Riyadh. – ARAB NEWS

 

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button