Sukan

Barcelona yang bantu Real Madrid jadi juara La Liga

Penyerang Barcelona, Lionel Messi menyifatkan kelemahan pasukannya antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan Real Madrid menjulang trofi juara La Liga.

Menurutnya, prestasi pasukan yang tidak menentu dan sangat lemah menjadi sebab mengapa Real Madrid dengan mudah menjadi juara liga.

“Kita kena terima hakikat dan bersikap kritikal bermula dengan pemain dan semua yang berada di dalam kelab.

“Real Madrid sangat konsisten dalam setiap perlawanan mereka sedangkan Barcelona seperti hilang arah terutamanya pada bahagian kedua liga berlangsung.

“Kelemahan Barcelona itu yang membuatkan Real Madrid berpeluang menjadi juara La Liga,” katanya seperti dilaporkan portal Metro.

BACA> Bunuh kucing: Suspek mengaku tidak bersalah

Menurut Messi, mereka juga harus bangkit dengan segera untuk menjadi juara Liga Juara-Juara musim ini.

Jelasnya, sekiranya prestasi pasukan masih seperti ini, tidak mustahil merka akan tewas dalam perlawanan menentang Napoli selepas ini.

“Sejak Januari lalu, banyak perkara yang tidak menjadi berlaku pada Barcelona hinggakan ada penyokong yang mula tidak puas hati pada kami.

“Penyokong hilang sabar itu perkara biasa dalam bola sepak dan kami perlu bertanggungjawab untuk mengubah pasukan kembali kepada kekuatan sebenar,” ujarnya.

Real Madrid berjaya menjadi juara La Liga selepas tiga tahun ketika mengalahkan Villareal 2-1 di Stadium Alfredo Di Stefano semalam.

BACA> 9 termasuk 5 penjawat awam direman kerana rasuah, salah guna kuasa

Kedua-dua gol pasukan itu dijaringkan oleh Karim Benzema sekaligus memberi peluang untuk mereka merangkul trofi juara La Liga buat kali ke 34.

Sejak La Liga dimulakan semula pada bulan lalu ekoran Covid-19 sebelum ini, Madrid telah memenangi kesemua 10 perlawanan yang diadakan.

Barcelona pula tampil tidak menentu termasuklah dengan kekalahan 2-1 kepada pasukan Osasuna. -SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button