Hiburan

Jangan guna tajuk bodoh yang datangkan fitnah! – Aaron Aziz

DEMI hendak mendapatkan jumlah pembaca yang tinggi, ada sesetengah blog yang sengaja menggunakan tajuk sensasi sebagai daya penarik.

Tidak salah pun kalau hendak menggunakan tajuk sensasi tetapi janganlah sampai perkara itu membawa fitnah kepada seseorang.

Itu sudah melanggar etika kewartawanan dalam melaporkan sesuatu berdasarkan fakta yang sahih.

Terbaharu, pelakon, Datuk Aaron Aziz menganggap teguran tegasnya kepada sebuah blog yang menggunakan tajuk hingga boleh mendatangkan fitnah kepada dirinya sebagai satu pengajaran buat mereka.

Sebelum ini, blog tersebut memuat naik satu laporan dengan tajuk yang ternyata dianggap Aaron sebagai memfitnah dirinya.

Malah, Aaron yang begitu bengang dengan laporan tersebut telah memberi amaran kepada blog itu untuk menurunkan laporan tersebut atau berhadapan dengan siasatan polis.

“Saya sudah buang status dan video amaran saya terhadap blog tersebut kerana mereka juga sudah menurukan laporan tersebut.

“Bagi saya senang, saya bagi muka pada dia, dia pun kena bagi muka pada saya. Itu cara dia,” katanya.

Menurut Aaron, dia mengucapkan terima kasih kepada blog tersebut kerana memuat turun berita berkenaan dan berharap perkara itu menjadi satu pengajaran buat mereka.

“Lepas ini jangan buat tajuk-tajuk bodoh yang boleh mendapatkan fitnah atau mengaibkan orang. Nak buat apa?

“Nak buat sesuatu kena pastikan niat itu baik. Jangan terikut-ikut buat tajuk bodoh.

“Yang penting, apa yang berlaku ini biarlah menjadi satu pengajaran buat sesiapa sahaja untuk lebih berhati-hati,” katanya. -SM

(Visited 609 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button