Hiburan

Selepas lagu Aku Budak Girl kritik, muncul pula Aku Budak Boy

LAGU Aku Budak Girl yang dinyanyikan oleh bintang Tik Tok, Suekhaizahar sebelum ini mendapat kritikan tetapi mendapat jumlah tontonan yang banyak di YouTube sebanyak 3.8 juta.

Terbaharu, muncul pula lagu terbaharu berjudul ‘Aku Budak Boy’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Neon Band.

Menurut vokalis kumpulan tersebut, Boy berkata, Neon Band sudah lama tidak mengeluarkan lagu baharu.

“Jadi, nak gunakan fenomena lagu asal ini untuk kemunculan semula kami dan dalam masa sama memperkenalkan saya selaku vokalis baharu Neon Band.

“Kiranya, single Aku Budak Boy yang baru dilancarkan ini sangat berbeza dengan muzik Neon Band yang dikeluarkan sebelum ini.

“Dalam erti kata lain, lagu Aku Budak Boy ini memberi nafas baharu kepada muzik Neon Band sekali gus mampu menarik lebih ramai pendengar muzik tempatan. Harapnya, peminat boleh terima ‘wajah’ baharu Neon Band ini,” katanya.

Dalam pada itu, Boy berkata lagu ‘Aku Budak Boy’ itu adalah balasan kepada lagu ‘Aku Budak Girl’ yang mana liriknya lebih berunsur positif dengan memberi semangat kepada ‘Girl’ dan penyanyi Suekhaizhar yang mendapat kecaman warganet.

“Lirik asal lagu ini ada bahagian yang ditukar. Seperti semua tahu, lagu asal ini terkenal dan tular, tapi banyak juga dikecam dan dikeji.

“Jadi, lirik lagu Aku Budak Boy ini adalah balas balik kepada lirik lagu Aku Budak Girl yang memberi semangat pada ‘Girl’ dan penyanyi itu. Orang kata, semangat Boy pada Girl,” katanya.

Ditanya tidakkah dia dan Neon Band bimbang jika dikatakan menumpang populariti lagu lain, Boy mewakili kumpulan itu mengakui masing-masing akan mendapat keuntungan dan kelebihan.

“Bagi saya dalam bidang muzik kena bijak untuk buat keputusan. Sebagai contoh, kalau kami keluar lagu lain ketika saya pula masih baru pasti lebih sukar untuk mendapat tempat.

“Jadi, apa boleh dikatakan kami memang menumpang populariti lagu yang viral ini, tapi secara positif.

“Kami membawakan lagu ini dengan versi tersendiri yang memberikannya nafas baharu,” katanya.

Tambahnya, jika lagu asal mendapat kecaman, dia yakin untuk versi Aku Budak Boy ini orang akan suka.

“Sebenarnya kami nak bagi orang dengar kekuatan lagu ini. Secara tidak langsung, menerusi lagu Aku Budak Boy, lebih ramai orang lagi akan mendengar lagu Aku Budak Girl.

“Ramai cakap lagu ini mudah, tapi tak sebenarnya. Kami ambil masa dua hari untuk siapkan proses rakaman lagu ini,” katanya.

Selain Boy, Neon Band turut dianggotai Adam (gitar), Azuad Abdullah (dram), Firdaus (keyboard), Naim (bass) dan Syafique Sharif (gitar).

Antara lagu yang pernah dihasilkan Neon Band sebelum ini dan berjaya diterima peminat adalah ‘Cinta Yang Telah Mati’, ‘Hingga Akhir Nanti’, ‘Kaca’ dan ‘Jiwa’.

Lagu ‘Aku Budak Boy’ terbitan Nova Music telah dilancarkan hari Jumaat lalu dan kini boleh didengar di semua pelantar striming muzik.

Video muzik lagu ‘Aku Budak Boy’ juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos di pautan ini. -SM

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button