Berita

Jangan cuba hidupkan kembali ideologi PKM – Polis

Polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada sebarang usaha pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghidupkan semula ideologi Parti Komunis Malaya (PKM) di Selangor.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Noor Azam Jamaludin berkata, beliau sentiasa membuat pemantauan dari masa ke semasa sekiranya terdapat usaha pihak tertentu yang cuba menghidupkan semula gerakan itu.

“Kita akan terus memantau dan tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka cuba mengucar-kacirkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sabak Bernam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

(Visited 19 times, 1 visits today)


Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button