Politik

Jangan buat pilihan bersandarkan slogan yang dicanang parti politik semata-mata

PENGUNDI diingatkan agat tidak membuat pilihan hanya bersandarkan kepada slogan yang dicanang oleh sesebuah gabungan mahu pun parti politik semata-mata.

Ini kerana menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, slogan yang dicanang ada kalanya berbeza dengan realiti dan tidak menggambarkan keadaan sebenar sesebuah parti.

“Slogan ini boleh dibuat dan direka tetapi apabila datang kepada pelaksanaan dalam kerajaan nanti, mereka tahulah slogan itu ke mana dan aktiviti sebenarnya macam mana.

Macam-macam benda sebenarnya boleh berlaku sebab rakyat sudah ada informasi di hujung jari, hampir setiap hari mereka kumpul serta nilaikan maklumat dan disebabkan itu, mereka mampu menilai slogan mana yang benar-benar boleh dipercayai dan dilaksanakan.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Kempen Pembukaan Tanah Terbiar dan Tanam Semula FELCRA Berhad di FELCRA Perupok, dekat sini, hari ini.

Tambah Mahdzir, rakyat kini sudah bijak untuk mengumpul dan menilai setiap maklumat diterima mereka terutamanya yang diperolehi di media-media sosial.

Ketika ini Perikatan Nasional (PN) dilihat menggunakan slogan ‘Bersih dan Stabil’ bagi memenangi hati pengundi manakala Pakatan Harapan (PH) mengunakan slogan ‘Kita Boleh’.

Barisan Nasional (BN) pula mengangkat tema Kestabilan dan Kemakmuran dalam manifesto mereka yang merangkumi pelbagai aspek termasuk hubungan antara kaum, ekonomi dan politik tanah air bersandarkan trek rekod mereka memimpin negara sebelum ini.

Mengulas situasi hari terakhir berkempen hari ini, Mahdzir berkata momentum sokongan terhadap BN dilihat kian meningkat tanpa mengira kaum.

“Sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain, mereka tampak kian ampuh memberi sokongan, ada antara mereka mengaku tidak mengundi BN pada 2018 tetapi kali ini menyatakan hasrat kembali memberi undi kepada kami.

Sasaran kita di Kedah juga masih kekal 10 kerusi seperti dinyatakan sebelum ini, perkara itu tidak berubah,” katanya. – SM

Artikel berkaitan > Harga lantai getah boleh dinaikkan jika kerajaan BN mendapat mandat sebagai kerajaan persekutuan pada PRU15

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button