Rencah Hidup

Jangan bikin busuk nama, jawatan dan pangkat!

Berhenti buat fi'il buruk

MENJADI seorang penjawat awam atau Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan kerjaya sasaran dalam kalangan mereka yang tahu apakah kelebihan menjadi seorang PTD officer.

Dalam kalangan ibu bapa divisyen one, anak-anak mereka disasarkan untuk menjadi PTD officer kerana itulah peluang untuk ke luar negara.

Tidak termasuk pelbagai kemudahan yang diperoleh, layanan VIP di lapangan terbang, jalan di GREEN LANE, visa keluar-masuk (multiple entry visa) ke sesebuah negara, elaun tukang masak, tukang kebun, elaun untuk spouses atau pasangan, elaun keraian, elaun baju musim sejuk dan pelbagai jenis elaun.

Berkhidmat pula dalam Wisma Putra, menjadi satu kebanggan kepada ibu bapa khususnya golongan ibu-ibu untuk membanding-bandingkan pekerjaan anak-anak mereka termasuklah anak-anak perempuan mereka.

Ini kenyataan dan bukan sekadar mereka-reka untuk menyedapkan cerita.

Semalam, dapat perkhabaran yang kurang enak di halwa telinga tentang tingkah laku seorang yang bergelar dan berpangkat besar atau tinggi yang bertugas di luar negara.

Kalau nak ikutkan tempoh perkhidmatan dia tamat bulan depan (Ogos 2022) dan sudah boleh pencen. Tapi dia lobi bagus, kata sumber kepada SUARA MERDEKA. Dia dapat posting lagi hingga tahun depan. Hantar ke luar negara lagi.

Rekod dia ini, dia pernah ada awek dari negara republik Tanah Besar ketika dia bertugas dan awek tu dia jadikan sebagai jurubahasa membuat kerja-kerja terjemahan. Kemudian awek tu jadi isteri dia, alkisahnya.

Jadi, isteri kat Tanah Besar, ‘kawan’ kita ni kawtim dengan agensi pelancongan untuk beli tiket kapalterbang sebab waktu tu, dia diarahkan balik ke Malaysia.

Pandai ‘pau’, katanya dan dia juga katanya ada jual tiket dengan harga kayangan. Dapatlah cover balik modal yang keluar beli tiket ‘balik kampung isteri’.

Kalau bab tiket ni, memang ada peruntukan tetapi terhadlah. Kalau sudah guna semua untuk tempoh atau tahun tertentu, memang kosong la jawabnya dan habis sudah peruntukan yang disediakan.

Jadi apa kaedah selain beli tiket kalau nak terbang ‘ke sana’ atau nak balik ‘ke sini’.

Macam-macam fi’il kalau ada pangkat dan kedudukan. Tapi hanya orang dalaman sahaja yang tahu apa yang berlaku.

Cuma jangan ada yang tolong tutup perbuatan yang tidak bermoral ini kerana lambat laun, pecah juga rahsia.

Kalau pangkat dah besar, gaji pun tak lah kecil. Tapi sikap tamak tu menyelubungi hati dan perasaan. Ini tidak termasuk, boleh tidur lena sedangkan hakikatnya, hutang ratusan ribu ringgit ‘Kau lepaskan macam tu aje’ dan tanpa rasa malu, bergelar DATUKSHIP!

Ada juga sumber memaklumkan, sikap seseorang ini yang ‘menjual’ visa pada harga 200 dolar. Kalau benar, hentikanlah segala perbuatan ini.

Ingat: SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA. – SM

(Visited 530 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button