Hiburan

Penyanyi Sandra kemalangan, masih belum sedarkan diri

Para peminat diminta titipkan doa buat Sandra

BAGI para peminat penyanyi Sandra yang menyertai program realiti televisyen, Big Stage, sudah mengetahui perkhabaran yang menimpa penyanyi itu.

Semalam dia kemalangan ketika dalam perjalanan ke Putrajaya untuk menjalani raptai mingguan Big Stage.

Perkembangan setakat sekarang, pukul 2.30 petang ini, Sandra masih belum sedarkan diri dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Para peminat Sandra diminta menitipkan doa agar penyanyi muda ini segera sedar.

Wartawan SUARA MERDEKA menghubungi Pegawai Perhubungan Awam (PR) syarikat rakaman Sony Music, Veea, untuk mengetahui perkembangan selanjutnya tentang penyanyi ini.

Menurut Veea melalui aplikasi WhatsApp, mereka juga tidak tahu bagaimanakah kemalangan itu boleh berlaku.

Setakat ini, katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan.

“Kami juga tidak tahu cerita sebenar. Sekarang, ahli keluarga Sandra yang menemaninya di hospital. Kami berharap dia kembali sedar secepat mungkin,” kata Veea melalui mesej WhatsApp.

Kata Veea lagi, perkembangan Sandra akan dimaklumkan kepada SUARA MERDEKA dari semasa ke semasa.

Buat masa ini, cukup jika kita semua menitipkan doa buat Sandra.

Sementara itu, wartawan Berita Harian, Farihad Shaila Mahmud (Bobo) melaporkan, ketika kejadian, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menghadiri latihan konsert mingguan Big Stage.

Bagaimanapun, pihaknya juga belum mendapat butiran bagaimanakah kemalangan itu boleh berlaku.

Dalam masa yang sama, pihak keluarga Sandra juga masih terus menanti penjelasan daripada doktor tentang keadaan Sandra yang masih belum sedarkan diri. –  SM

(Visited 324 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button