Nasional

Jangan angkat kekalahan hadapi ujian dengan bendera putih

Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebaliknya rakyat perlu diajar dengan bendera kekuatan iaitu dengan mengangkat tangan untuk berdoa kepada Tuhan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, berdoa kepada Tuhan adalah bendera optimis dalam menghadapi ujian kehidupan.

“Angkat tangan berdoa kepada-Nya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan.

“Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih. #AllahJagaKita
#MalaysiaOptimis,” kata Nik Mohamad Abduh dalam media sosialnya.

Ketika ini terdapat kempen di media sosial yang menyeru isi rumah yang sedang menghadapi masalah terutama makanan untuk mengibarkan bendera putih di hadapan rumah masing-masing.

Inisiatif ini datangnya daripada rakyat yang lebih memahami jiwa rakyat dan sedih melihat kes bunuh diri semakin menjadi-jadi berikutan kesan daripada pandemik Covid-19.

Tidak mahu keadaan demikian berlarutan, inisiatif ini diperkenalkan dan disambut baik oleh pelbagai lapisan anggota masyarakat Malaysia yang baik hati.

Kempen berkenaan telah mendapat sambutan hangat di media sosial sejak semalam dan menjadi tular dalam Facebook, Twitter dan Instagram.-SM

 

 

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button