Nasional

Jangan ambil kesempatan naikkan tambang penerbangan – PM

Syarikat penerbangan tidak boleh mengaut keuntungan berlebihan dengan menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata berdasarkan laporan media, tambang penerbangan ke kedua-dua negeri pada musim perayaan ini meningkat sehingga 500% pada musim perayaan.

Beliau menyifatkan kenaikan ini sebagai “melampau” kerana rakyat tidak mempunyai alternatif selain terbang ke Malaysia Timur.

Justeru, perdana menteri berkata beliau telah meminta menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Alexander Nanta Linggi untuk menyiasat jika terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dalam kenaikan harga tiket.

“Kementerian mesti tegas terhadap mana-mana pihak, tidak kira besar atau kecil, yang mengaut keuntungan berlebihan di bawah undang-undang.

“Tindakan segera mesti diambil untuk menjaga kepentingan rakyat.

“Kita juga tidak akan membenarkan peniaga mengambil kesempatan pada musim perayaan atau berpuasa untuk memberi tekanan kepada rakyat,” katanya.

Ismail berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Pasaraya MG CoopMart, yang dimiliki oleh Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera Berhad (Kopbera) dan jualan “Semarak Ramadan Keluarga Malaysia” bagi kawasan parlimen Bera di sini hari ini.

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button