NasionalPolitik

Peranti jangan jual, guna sampai habis belajar

KALANGAN pelajar tanpa mengira sama ada dari golongan B40 atau tidak di kawasan Bera, Pahang menerima tablet atau peranti hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa menjaga kepentingan rakyat khususnya pelajar dari golongan ibu bapa adalah B40 dan di luar bandar.

Beliau berkata, masyarakat luar bandar tidak harus ketinggalan dalam arus kemajuan khususnya arus digitalisasi.

“Kita tahu masyarakat luar bandar, mereka yang terlibat dalam perniagaan, rata-rata melibatkan diri dalam perniagaan online atau dalam talian.

“Jadi di Bera, kita buka ekonomi digital di Kampung Durian Tawar dan penting penggunaan peranti,” katanya.

Perdana Menteri Ismail Sabri berkata demikian ketika singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak untuk Sesi Pengagihan Perantisiswa Keluarga Malaysia, hari ini.

Hadir sama, Menteri Kominikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Sejurus ucapan, Ismail Sabri yang juga calon Parlimen Bera terpaksa bergegas ke Felda Tembangau untuk program bertemu dengan penduduk di situ.

Majlis perasmian dan penyampaian peranti disempurnakan oleh Annuar.

Ismail Sabri turut mengingatkan penerima perantisiswa jangan salah guna dengan menjual peranti tersebut.

“Memang kita menggalakkan pelajar semua menggunakan peranti tetapi tidak mahu membebankan ibu bapa yang tidak mampu.

“Oleh itu kerajaan sediakan dan pada mula-mula dahulu, kita pinjamkan peranti ini kepada pelajar.

“Setelah berbincang dengan Menteri K-Komm, penerima peranti selepas habis belajar, gunalah terus peranti. Pakailah. Tak ada istilah pinjam sementara,” katanya.

Kata Ismail Sabri, dulu, ada peti sejuk, orang beli peti sejuk tapi tak ada bekalan elektrik. Akhirnya peti sejuk jadi almari baju.

Justeru kata Perdana Menteri Ismail Sabri, ada peranti, capaian internet mesti ada kerana tanpa adanya capaian internet, tiada gunanya ada peranti.

“Tan Sri Annuar K-Komm, kerajaan di bawah program JENDELA iaitu Jaringan Digital Negara yang mana menjelang 2025, capaian internet 100 peratus,” ujar beliau.

Ismail Sabri juga berkata, sekarang capai internet di Bera ialah 95 peratus. – SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button