NasionalNegeri

AMBIK peranan serius supaya hak wanita terpelihara

SEMUA pihak perlu terus memainkan peranan serius bagi memastikan hak-hak wanita terus terpelihara sama ada dalam aspek pendidikan, pekerjaan, kemasyarakatan dan sebagainya lagi, titah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda bertitah, hal ini selari dengan pandangan agama Islam yang menolak sebarang bentuk diskriminasi negatif kepada kaum wanita.

Titah Baginda, kebajikan kaum wanita perlulah dipelihara supaya mereka juga tidak ketinggalan mahupun tercicir dalam proses kemajuan negara.

Selain itu titah Baginda, sebarang bentuk usaha menjatuhkan maruah wanita seperti penderaan mental mahupun fizikal perlulah ditangani dengan sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Sehubungan itu, titah Baginda, para wanita harus berusaha mencapai kejayaan dalam hidup dan tingkatkanlah usaha dalam mencari ilmu serta bersungguh-sungguhlah dalam setiap pekerjaan yang diceburi.

“Pada masa yang sama jangan dilupakan kebajikan di rumah terutama sekali dalam mendidik mereka supaya menjadi insan yang mulia dan mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara,” titah Baginda.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen bertitah demikian selepas berkenan menandatangani
watikah penghargaan dan terima kasih kepada barisan penceramah serta para urusetia di atas penglibatan dan komitmen mereka yang menjayakan Program Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri Ke 21.

Program ini anjuran Institut Sunnah dan Irsyad (ISNAD), Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama YTF yang telah berlangsung secara atas talian pada 27 Jun lalu.

Webinar Women In Search Of Excellence (WISE) ini bertajuk ‘Ketokohan Wanita Melalui Pedoman al Quran Dan Al Sunnah’.

Ia melibatkan Timbalan Mufti Perlis, Tajul Urus Abdul Halim membuat ucapan aluan; Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim menyampaikan ceramah berjudul “Wali Allah dalam Kalangan Wanita Menurut al-Quran”;

Juga diadakan frim bertajuk Ketokohan Wanita Melalui Pedoman al Quran dan Al Sunnah” dikongsikan okeh panelis terdiri daripada Pensyarah UIAM, Dr. Sofiah Samsudin; Pensyarah USM, Prof. Madya Dr. Roshimah Shamsuddin dan dimoderatorkan oleh pegawai ISNAD, Jabatan Mufti Negeri Perlis, Ustazah Nur Faezah Hassan.

Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mohammad Wafiq Desa.

Raja Puan Muda selaku Pengerusi YTF dan Pemangku Raja Perlis merangkap Penasihat DiRaja YTF telah turut berkenan menyampaikan titah perasmian webinar tersebut amat bersukacita atas kerjasama serta komitmen yang tidak terhingga oleh semua pihak dalam menjayakan penganjuran program webinar itu.

Webinar yang akan datang iaitu Siri Ke-22 akan berlangsung pada Isnin, 31 Julai 2023 dari pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang dengan tajuk ‘Transformasi Risalah Islam Berkemajuan’ yang akan dianjurkan pada kali ini oleh YTF dengan kerjasama Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM). – SM

BACA Raja Puan Muda Perlis hadir Syarahan Perdana Profesor Dr. Raihanah

BACA Raja Puan Muda Perlis kini pemegang PhD bergelar Dr.

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button