Kemalangan

Lelaki maut kereta terjunam ke longkang besar

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang besar di hadapan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Jalan Durian Daun, Melaka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, Tey Shen Hao, 26, yang tidak bekerja maut di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta Proton Saga yang dipandu mangsa datang dari arah bandar Melaka menghala ke Bukit Baru.

“Sejurus tiba di Jalan Durian Daun kereta itu hilang kawalan lalu terbabas ke arah kiri dan tercampak masuk ke dalam longkang di hadapan IPG Kampus Perempuan Melayu.

“Akibat dari kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya di sini hari ini.

Christopher berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Jelasnya, setakat ini, tiada saksi tampil memberi keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 27 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button