Nasional

JanaNiaga dilaksana dengan kerjasama Exim Bank, Petronas, Telekom

PLATFORM pembayaran digital rantaian bekalan nasional, JanaNiaga akan dilaksanakan secara bersama antara Exim Bank dengan syarikat petroleum negara Petronas dan syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengu Abdul Aziz berkata, bagi memastikan bantuan kepada Perusahan Kecil Sederhana (PKS) disalurkan secepat mungkin peruntukan sebanyak RM300 juta telah disediakan oleh EXIM Bank untuk menggerakkan JanaNiaga.

“Jumlah ini dijangka akan mencecah RM1.2 billion ringgit dengan peruntukan tambahan daripada institusi-institusi kewangan yang akan menyertai JanaNiaga secara berfasa.

“Dengan purata tempoh invois selama 90 hari, jumlah ini akan bakal menyumbang sebanyak RM4.8 billion setahun kepada kecairan tunai PKS,” kata Tengku Zafrul pada pelancaran Jananiaga hari ini.

Penubuhan JanaNiaga telah diumumkan pada 6 November lalu semasa pembentangan Belanjawan 2021. Platform JanaNiaga akan memanfaatkan PKS yang mengalami masalah aliran tunai disebabkan tempoh pembayaran invois yang lama.

Bantuan kepada PKS terbabit akan diberikan melalui pinjaman daripada institusi-institusi kewangan melalui platform JanaNiaga.

Menurut Tengku Zafrul, platform pembayaran digital rantaian bekalan nasional seperti JanaNiaga memberi faedah besar kepada ekosistem dan telah diguna pakai secara meluas oleh sektor ekonomi negara luar.

Penggunaan platform tersebut menyokong pemulihan ekonomi jangka panjang dan selaras dengan strategi kerajaan dalam mengutamakan automasi dan pendigitalan serta pengunaan teknologi baharu bagi mempercepatkan transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

“Platform JanaNiaga berterajukan pembiayaan invois daripada pembekal GLC menerusi portal digital. Dengan sokongan GLC, pembekalpembekal PKS ini akan menikmati kadar pembiayaan serendah 3.5 peratus setahun untuk margin pembiayaan sebanyak 100 peratus, jauh lebih rendah daripada pembiayaan pada kadar biasa.

“Permohonan pembiayaan juga dibuat secara dalam talian, membolehkan setiap permohonan diluluskan dalam tempoh 24 jam sahaja,” kata Tengku Zafrul.]

Permohonan pembiayaan juga dibuat secara dalam talian, membolehkan setiap permohonan diluluskan dalam tempoh 24 jam.

Tengku Zafrul berkata, kecairan tunai PKS adalah teramat penting dalam saat-saat genting pandemik Covid-19 untuk memastikan kelangsungan perniagaan.

Katanya, Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif antaranya melalui pembiayaan kredit mikro di mana dana sebanyak RM2.9 billion disediakan bagi membantu usahawan PKS dan PKS mikro melalui institusi kewangan dan agensi-agensi kerajaan.

Selain itu, Bank Negara Malaysia juga komited untuk meningkatkan peruntukan Dana BNM bagi pembiayaan PKS, yang keseluruhannya berjumlah RM8.6 bilion, selepas tambahan RM2 billion di bawah pakej Pemerkasa Tambahan dan RM2 billion di bawah pakej Pemulih.

“Untuk pengetahuan semua, lebih 12 billion ringgit telah diluluskan kepada hampir 26,000 PKS menerusi Dana Pinjaman Mudah PKS yang dikendalikan oleh BNM setakat Jun 2021. Ini merangkumi Special Relief Facility (SRF), Automation & Digitalisation Facility (ADF), All-Economic Sector Facility (AES) dan Agrofood Facility (AF),” kata Tengku Zafrul.-SM

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button