Politik

Mohon pengampunan Agong tak jejas hubungan UMNO-PH

KEPUTUSAN UMNO mempersembahkan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memberi pertimbangan pengampunan kepada bekas presidennya, Datuk Seri Najib Razak tidak akan menjejaskan hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, parti berkenaan hanya mahu menunjukkan penghargaannya kepada bekas perdana menteri itu yang memerintah negara selama sembilan tahun sebelum Barisan Nasional (BN) tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

UMNO AYAH

“Hubungan dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan bukan isu. Perkara itu terpulang kepada Agong. Ini UMNO hantar permohonan pengampunan Datuk Seri Najib kepada Agong,” katanya menurut Malay Mail.

Khaled turut mengulangi kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan memohon pengampunan diraja untuk Najib kerana parti itu percaya beliau dinafikan keadilan.

Untuk rekod, Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu mula menjalani hukuman penjara 12 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah sejak 23 Ogos 2022.

Keputusan itu dibuat  selepas Najib didapati bersalah atas pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang berhubung RM42 juta dana SRC.

Isnin lalu, Najib dilaporkan berkata, beliau akan menggunakan penghakiman menentang oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Rahman Sebli bagi menyokong permohonan pengampunan dirajanya.

Pada 31 Mac lalu, Rahman mengeluarkan penghakiman minoriti setebal 78 muka surat yang menyatakan Najib tidak mempunyai representasi undang-undang apabila panel Mahkamah Persekutuan mendengar dan menolak rayuannya dalam kes rasuah SRC International.

Rahman, yang juga hakim besar Sabah dan Sarawak merupakan seorang daripada lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan Najib untuk semakan keputusan mahkamah menolak rayuannya dalam kes SRC. Empat hakim lain mendapati tiada alasan untuk membebaskan Najib. – SM

BACA Jawatan Ketua Penerangan UMNO: Azalina ganti Isham Jalil

BACA Asyraf Wajdi dilantik Setiausaha Agung UMNO ganti Ahmad Maslan

(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button