Politik

Jamal kembali: Bakar kerang depan Wisma Tani mohon tindakan isu curi benih kerang

KETUA UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini membakar kerang di perkarangan Wisma Tani di sini, sebagai gimik untuk meminta Jabatan Perikanan menangani isu kecurian benih kerang di Pantai Sungai Leman, Sekinchan, Selangor.

Sebelum itu, beliau menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perikanan di Wisma Tani berhubung kes kecurian benih kerang di kawasan itu sejak tiga minggu lepas, yang dakwanya dilakukan sekumpulan warga asing.

Ditemui media selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas Kepada Ketua Pengarah Perikanan Mohd Azhar Mohd Zin, Jamal berharap Jabatan Perikanan dapat meningkatkan pemantauan berkala di kawasan pantai berkenaan, termasuk rondaan bersama Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. – BERNAMA

(Visited 225 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button