Nasional

Jalur Gemilang bangkitkan semangat solidariti lawan Covid-19

Pelancaran kempen Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021

JALUR Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Ia mampu mencetuskan solidariti dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap, rakyat Malaysia dapat bersama-sama menterjemahkan bentuk solidariti dengan mengibar megah Jalur Gemilang.

“Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama seperti tahun lepas iaitu Malaysia Prihatin.

“Setelah 64 tahun negara menikmati kebebasan dan kemerdekaan, amalan mengibar Jalur Gemilang ini sentiasa dibudayakan dalam kehidupan seharian,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, semangat solidariti yang ada dalam jiwa rakyat negara ini adalah sebagai tanda kita sentiasa bersatu-padu dalam melawan pandemik Covid-19 ini.

Beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia, bersama-sama melawan pandemik Covid-19 demi menzahirkan rasa cinta terhadap negara, diiringi doa dan harapan agar negara akan segera pulih dari wabak Covid-19 ini.

“Dan kita dapat kembali kehidupan normal dan mengecapi kemakmuran bersama,” ujar beliau.

Sempena pelancaran kempen Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021, Muhyiddin turut mengajak seluruh rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman ataupun kenderaan masing-masing. – SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button