Bola SepakSukan

Jalani pembedahan lutut: Joe Gomez perlu berehat panjang

JOE Gomez telahpun selamat menjalani pembedahan pada kecederaan di tendon patella, dan nasibnya sama ada boleh beraksi musim ini masih belum diketahui.

Liverpool mengesahkan, semalam, bahawa pertahanan itu telahpun menjalani pembedahan, selepas mengalami keretakan tendonnya ekoran kecederaan lutut yang dialaminya sewaktu menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan England.

Apa yang lebih utama, kelab itu turut mendedahkan bahawa Gomez tidak mengalami kerosakan ligamen dalam kemalangan yang menimpanya di pangkalan latihan, yang mana tiada seorang pemain lain berada berdekatan dengannya sewaktu insiden itu berlaku.

Liverpool, bagaimanapun, masih belum membuat keputusan sama ada bek tengah mereka itu boleh beraksi musim ini.

Difahamkan, pembedahan itu dilakukan segera untuk memberikan harapan yang lebih baik bagi memperbaiki tendon yang rosak, dan menghindari parut yang dapat menambah komplikasi kepada pemulihan.

Gomez akan menjalani program pemulihan yang biasanya mengambil masa selama enam bulan kerana pemain hanya boleh bergerak sekitar lapan ke 12 minggu, bagi membantu tendon bercantum semula.

Liverpool tidak meletakkan tempoh bagi pemulihannya, tetapi difahamkan mereka tidak menolak kebarangkalian pemain itu dapat kembali ke pangkuan pasukan sebelum musim berakhir.

Tempoh pemulihan bergantung kepada kekuatan kaki untuk sembuh, tetapi jika keretakkan pada ligamen berjaya diperbaiki tanpa sebarang isu, maka tidak mustahil Gomez mampu kembali berlari dalam tempoh tiga bulan, yang sekali gus membolehkannya berpotensi bermain sebelum Mei.

Kecederaan yang menimpa Gomez merupakan satu lagi tamparan hebat kepada pengurus Jurgen Klopp, yang sebelum ini telahpun kehilangan bek tengah, Virgil van Dijk untuk musim ini kerana kecederaan cruciate ligamen.

Pertahanan England, Trent Alexander-Arnold turut terpaksa diketepikan kerana kecederaan betis, dan dia tidak dapat bermain selama sebulan, walaupun Liverpool berharap dia mampu segera kembali selepas rehat antarabangsa.

Fabinho yang mengambil alih posisi bek tengah pula berdepan masalah hamstring, tetapi dia dijangka pulang ke pangkuan pasukan selepas rehat antarabangsa.

Klopp kini hanya memiliki seorang bek tengah senior yang masih cergas iaitu Joel Matip, yang sering ditimpa kecederaan sejak dua tahun lalu, dan situasi tersebut meletakkan Liverpool tidak mempunyai pilihan melainkan masuk ke dalam pasaran perpindahan bagi membeli bek tengah berpengalaman pada Januari. – Daily Mail – SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button