Nasional

COVID-19: Enam kawasan zon merah

ENAM kawasan telah dilabelkan sebagai zon merah wabak COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Kawasan-kawasan itu ialah Petaling Jaya, Selangor, Lembah Pantai, Hulu Langat, Johor Bahru, Johor, Seremban, Negeri Sembilan dan Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak KKM akan memastikan tumpuan diberi kepda daerah-daerah yang terjejas teruk dengan wabak tersebut dan sebagai langkah pencegahan awal.

Memetik laporan ASTRO Awani, Dr. Noor Hisham berkata, KKM mengkategorikan mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih daripada 40 kes COVID-19, sebagai zon merah.

Dr. Noor Hisham Abdullah

Katanya lagi, pelabelan itu adalah bagi memastikan pihaknya menumpu kepada daerah-daerah yang terjejas.

“Jadi, kalau warna merah itu, kita akan pastikan menggunakan geolokasi dan kita akan tahu daerah di setiap negeri yang terlibat,” jelasnya.

Tambahnya, usaha mereka iaitu Pejabat Kesihatan Negeri akan melihat kepada tempat-tempat yang lebih focus, masudnya sekarang ini, melaksanakan pencegahan awal sekiranya mengenal pasti daerah manakah yang terlibat.

Setakat ini, enam kawasan atau daerah di seluruh negara telah dilabelkan sebagai kawasan zon merah akibat wabak COVID-19.

Untuk rekod catatan kes, Petaling Jaya 96 kes, Lembah Pantai (90), Hulu Langat (75), Johor Bahru (52), Seremban (42) dan Titiwangsa (40).

Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan lagi keupayaan pensampelan sehingga 16,000 sehari menjelang bulan depan.

Untuk minggu ini sahaja,  kata Dr. Noor Hisham, setiap hari pihaknya mampu menjalankan 3,500 ujian pensampelan sehari. – SM

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button