Alam SekitarBencana alamNasionalUncategorized

Jalan Raub-Bukit Fraser ditutup kerana runtuhan bongkah batu

HATI-HATI. Pengguna jalan raya diminta mengelakkan daripada menggunakan Jalan Raub-Bukit Fraser, kira-kira 165 kilometer kerana ditutup sepenuhnya ekoran kejadian runtuhan bongkah batu yang dipercayai berlaku pada pukul 5.50 pagi tadi.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, bongkah batu itu telah menghalang sepenuhnya laluan tersebut.

“Kejadian mungkin disebabkan faktor hujan sejak tiga hari lalu. Malah, sebelum kejadian pagi tadi, beberapa insiden pokok tumbang dilaporkan berlaku di lokasi sama sebelum ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau difahamkan Jabatan Kerja Raya sedang membuat penilaian mengenai kaedah terbaik untuk mengalihkan bongkah batu tersebut memandangkan saiznya yang terlalu besar dan tidak boleh diangkat menggunakan jentera biasa.

Susulan penutupan laluan itu, mereka yang ingin ke destinasi pelancongan Bukit Fraser perlu menggunakan jalan alternatif buat masa ini iaitu melalui  Kuala Kubu Bharu, Selangor. – SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button