Nasional

KPM beri penjelasan kes Cikgu Mohd Fadli

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil memberi penjelasan berhubung perkara yang hangat diperkatakan di media sosial berkaitan isu Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh.

Ketua Pengarahnya, Datuk Pkharuddin Ghazali dalam kenyataannya hari ini menjelaskan surat yang telah dihantar kepada cikgu berkenaan bukanlah satu surat yang membawa maksud bahawa hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tata Tertib.

“Sebenarnya itu bertujuan untuk memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang telah diterima oleh pihak berkuasa tata tertib,” katanya.

Selain itu, katanya ia juga beserta dengan keperluan untuk cikgu berkenaan mengemukakan representasi atau penjelasan bertulis.

Berikutan itu katanya, pihak Lembaga Tata Tertib telahpun menerima surat Cikgu Mohd Fadli yang mengemukakan representasi atau penjelasan bertulis pada 14 Oktober lalu.

“Lembaga Tata Tertib dijangka bersidang esok, Isnin, 17 Oktober 2022 berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, ia adalah mengikut prosedur tata tertib yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tata Tertib 1993.

Malah katanya, ia diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuklah beliau.

“Saya berharap dengan penjelasan ini dapatlah memberi kefahaman kepada semua pihak,” akhiri Pkharuddin. – SM

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button