Nasional

JAKIM perlu rombakan secara bersepadu

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu dirombak dan perlu menyerahkan proses pensijilan halal kepada Majlis Halal Malaysia (MHM).

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Mohammed Hanif Omar berkata,  MHM perlu kembali memainkan peranan dalam hal-hal berkaitan industri ternakan yang selama ini dikelolakan secara bersendirian oleh JAKIM.

“Kita juga mencadangkan penubuhan Pasukan Petugas Khas yang akan dianggotai oleh Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Agama Islam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam, pihak polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Apa yang berlaku selama ini mendedahkan perkara utama iaitu gejala rasuah yang semakin teruk dan kegagalan pembangunan industri makanan segera,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

“Kemelut ini mendedahkan perkara utama iaitu gejala rasuah semakin menjadi-jadi, keberkesanan sistem penyampaian haram dan kegagalan pembangunan industri makanan negara,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas mengenai rombakan bersepadu itu, menurut Mohamed Hanif, perkara itu perlu untuk memastikan industri ternakan di negara ini terjaga.

Jelasnya, pihak berwajib juga perlu melantik individu yang berintegriti dan berkebolehan supaya permasalahan sama tidak timbul di masa hadapan.

“Saya berpendirian isu berkenaan menjadi petunjuk kegagalan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam menjalankan tanggungjawab membangunkan industri ternakan sehingga negara terpaksa bergantung dengan daging import.

“Pesalah rasuah perlu dihukum berat. Selain penjara dan denda tertakluk kepada betapa beratnya kes disabitkan mereka perlu dihukum berat dan jika kesalahan cukup berat lucut kewarganegaraan dan dinyahkan dari negara,” katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mendakwa kegiatan kartel yang bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi kerajaan untuk mengimport daging seperti kanggaru dan kuda yang tidak berstatus halal untuk dijual sebagai daging halal.

Pegawai dalam agensi kerajaan itu didakwa menerima pelbagai jenis habuan termasuk wang dan khidmat bagi membolehkan kartel tersebut beroperasi mengimport daging-daging berkenaan. -SM

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button