Hiburan

Jakel meriahkan sambutan aidilfitri bersama pelanggan dan duta

JAKEL baru-baru ini menganjurkan sesi Meet & Greet yang berlangsung di bangunan Jakel, Seksyen 7, Shah Alam, bagi membolehkan orang ramai berinteraksi dengan artis terkenal dan pempengaruh popular.

Antara selebriti dan pempengaruh yang memeriahkan acara ini termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad bersama keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, anggota kumpulan Senariounion, Anzalna bersama keluarga, selain watak animasi popular Upin & Ipin serta pempengaruh TikTok, Sallywho.

Menurut Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel, acara yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 2 petang ini bertujuan merapatkan hubungan antara pelanggan dan Jakel, selain memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat koleksi produk terkini sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Kami berharap para pelanggan dan peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu serta beramah mesra dengan barisan duta Jakel menerusi kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

“Selain bertemu, pengunjung juga boleh bergambar dengan selebriti dan pempengaruh yang hadir,” katanya.

Selain itu, Jakel turut menganjurkan kuiz interaktif dengan hadiah menarik untuk para pengunjung yang hadir. Tambahan pula, pelanggan berpeluang mendapatkan kupon potongan harga bagi pembelian koleksi pakaian raya terbaharu yang menampilkan warna dan trend terkini untuk semua peringkat umur.

Dalam usaha memastikan keselesaan pengunjung, Jakel menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma. Turut disediakan adalah perkhidmatan buggy bagi memudahkan pergerakan warga emas dan golongan yang memerlukan dari kawasan parkir ke bangunan utama.

Untuk maklumat lanjut, pihak media boleh menghubungi Pegawai Pemasaran Jakel Cawangan Shah Alam, Encik Saiful Azlan di talian 011-1650 3922.

Artikle Berkaitan :>

Jakel lancar kempen Raya Mendonia 2025, tampil koleksi eksklusif

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button