Lifestyle

Jakel lancar kempen Raya Mendonia 2025, tampil koleksi eksklusif

SEMALAM Gedung tekstil terkemuka negara, Jakel, memperkenalkan duta-duta, kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025, yang menampilkan 10 duta eksklusif bagi mempromosikan koleksi pakaian Aidilfitri tahun ini.

Lebih menarik, setiap duta akan memperkenalkan rekaan eksklusif mereka menggunakan material berkualiti tinggi yang dijamin memberikan keselesaan dan gaya.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, duta-duta yang terpilih untuk mempromosikan koleksi Jakel 2025 termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad bersama keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna bersama keluarga, Senariounion, tiktoker Sallywho bersama keluarga, serta karakter animasi popular, Upin & Ipin.

Menurut beliau, koleksi pakaian tahun ini menampilkan inovasi terkini dalam penggunaan fabrik.

“Fabrik yang digunakan lebih tebal tetapi tidak panas, mudah kering, serta mempunyai ciri kebolehnafasan yang baik. Jahitan pula lebih kemas dan rapi,” katanya ketika melancarkan kempen itu di Jakel Mall, semalam.

Jakel juga mengekalkan konsep pakaian untuk semua golongan, meliputi ibu bapa, remaja, dewasa, dan kanak-kanak. Ini selaras dengan visi Jakel untuk menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

“Kami mahu setiap pelanggan berpuas hati dan mencipta memori indah bersama Jakel. Sebab itulah tagline kami, ‘Jakel, Barulah Raya’, terus relevan,” tambahnya.

Pilihan Warna Terkini dan Harga Rakyat

Untuk tahun ini, Jakel memperkenalkan rekaan berwarna segar seperti Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia, dan Powder Blue. Selain itu, Jakel menawarkan promosi istimewa sempena Aidilfitri:

•Baju Melayu Madani: RM99 sepasang (termasuk samping percuma bernilai RM49)

•Baju Melayu Fattah Amin: RM149 sepasang (termasuk samping percuma bernilai RM99)

“Kami mahu memastikan koleksi Jakel mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, tanpa menjejaskan kualiti,” jelas beliau.

Sasaran Jualan dan Penambahan Stok

Jakel menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20% hingga 30% berbanding tahun lalu. Sebagai persediaan, jumlah pakaian turut ditingkatkan dengan 1 juta pasang untuk ibu bapa dan 1.5 juta pasang pakaian sedondon.

“Dengan persediaan awal ini, pelanggan akan mempunyai lebih banyak pilihan pakaian untuk Aidilfitri nanti”.

Bagi memastikan keselesaan pelanggan, Jakel Mall menyediakan lebih 2,700 ruang parkir, serta kemudahan seperti surau dan tandas khas.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami mahu pelanggan berbelanja dengan tenang tanpa sebarang kebimbangan tentang keselesaan,” ujarnya mengakhiri ucapan.

Kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 diharap dapat memberikan pengalaman berbelanja yang bermakna dan penuh kegembiraan kepada semua pelanggan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button