Nasional

JAIS tahan Ibu Yati, Abdul Hamid

Mereka dihadapkan ke Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini

WAN Noor Hayati Wan Alias, 40, yang dikenali sebagai Ibu Yati menerusi akaun Facebooknya bersama bekas pensyarah sebuah universiti di Johor, Abdul Hamid Yeop ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor, hari ini.

Penahanan mereka disahkan oleh seorang pegawai Perhubungan Awam (PR) JAIS ketika wartawan SUARA MERDEKA menghubungi JAIS sebentar tadi.

Menurut pihak JAIS, Wan Noor Hayati dan Abdul Hamid ditahan pada pukul 11.20 malam tadi di Ampang.

“Mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Shah Alam untuk sebutan kes di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, Seksyen 9 dan Seksyen 10.

“Dibawah enakmen tersebut, mereka menyebarkan ajaran yang mengelirukan umat Islam,” katanya.

Terdahulu, wartawan SUARA MERDEKA dihubungi oleh individu yang memaklumkan tentang penahanan Ibu Yati dan Abdul Hamid oleh pihak JAIS.

Kedua-dua mereka masih dalam tahanan kerana memerlukan dua orang penjamin dengan gred tertentu.

Ibu Yati pernah dikaitkan dengan penyebaran agama baharu iaitu Agama Melayu.

Pada 29 Januari lalu, Yang diPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan menerusi catatannya di Facebook, menegur Agama Melayu yang menggunakan lafaz syahadah yang pelik (seperti yang saya dengar lafaznya iLa Ha iLa Ra iLa Ma) dan disambung dengan pengakuan AKU MELAYU sebanyak 7 kali.

Catat Nasrudin lagi, jelas ianya adalah ajaran yang sesat lagi menyesat. – SM

(Visited 2,176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button