Hiburan

Jaga Makan Dan Elakkan Menu Tak Berkhasiat, Adibah Noor Semakin Kurus!

“Kalau dulu, nasi lemak tu tiga bungkus saya makan. Sekarang cuma satu bungkus,” kata penyanyi dan pelakon popular, Adibah Noor, 52, yang kini semakin kurus selepas mengawal pengambilan makanan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu menjadi bualan netizen apabila gambar terbarunya menunjukkan tubuhnya semakin susut.

Kata Adibah kepada media, dia kini hanya mengehadkan untuk makan sebanyak enam suap saja setiap kali makan.

Selain itu, dia turut kurang mengambil makanan dan minuman kurang sihat selain menjauhkan minuman bergula.

“Saya ambil makanan yang dimasak segar dan tak guna makanan diproses atau dalam tin,” katanya.

Adibah berkata, dia nekad untuk lebih menjaga tahap kesihatannya sejak lebih dua bulan lalu memandangkan usia semakin meningkat.

“Sudah tiba masanya saya jaga kesihatan sebab sudah tua. Lutut pun sudah sakit, jalan jadi mengah. Jadi saya terfikir sekarang masa terbaik untuk mulakannya,” katanya.

Adibah berkata, kesedaran itu datang daripada diri sendiri dan bukannya disebabkan dia kini mengalami masalah kesihatan.

(Visited 2,466 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button