Rencah Hidup

Jaga KPI ibu, asbab murah rezeki! – Azizan Osman

MEMILIKI empayar perniagaan yang gah serta kekayaan yang luar biasa, figura dikenali sebagai mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman percaya membuatkan ibunya, Hajah Mariah Ahmad bahagia asbab kepada nikmat rezekinya hari ini.

“Biar betapa sibuknya saya, saya ada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dengan emak saya iaitu emak saya mesti happy!

“Kalau saya lama tak jumpa emak, saya akan cari jalan untuk bertemu dia. Saya juga pastikan emak gembira misalnya melakukan sesuatu yang dia suka, berbuat baik kepada orang yang dia sayang.

“Contohnya bulan lalu saya sangat sibuk di Switzerland tapi sebaik saja pulang ke Malaysia, saya terus rencanakan percutian bersama emak  selama 3 hari di Singapura. Saya juga ada KPI dengan isteri saya, malah sentiasa mencari masa untuk bersama dia dan anak-anak,” katanya.

Beliau menambah lagi, hasratnya yang sentiasa ingin membahagiakan ibu, merupakan jawapan mengapa beliau juga mudah menghadam ilmu sekaligus cemerlang dalam bidang akademik.

Menyantuni kehidupan dengan berpegang pada dua perkara iaitu mencari keberkatan dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling, merupakan jambatan rezeki yang melimpah ruah dalam perniagaannya.

Dikagumi sebagai mentor kepada ribuan usahawan, beliau sentiasa mempersiapkan dirinya untuk sentiasa ke hadapan dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Mengorbankam masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi dan kajian terkini agar memberikan kelebihan persaingan buat usahawan di bawah bimbingannya.

“Ilmu itu yang membezakan pengetahuan seseorang. Matlamat saya untuk mempersiapkan diri agar dapat terus memberikan nilai dan panduan berkesan buat bangsa usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam dan luar negara.

“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi untuk diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” tegasnya

Beliau berkata demikian ketika sesi konvokesyen Asia e University (AeU) yang merupakan university swasta bertaraf global dengan Akreditasi MQA bagi ijazah doktor falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan sejak 2010 di mana tesis Dr. Azizan bertajuk Effect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia di World Trade Centre Kuala Lumpur sebentar tadi.

Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu. Malh beliau turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.

Dalam pada itu, Dr. Azizan ketika ditemui memberitahu, beliau sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diterima hari ini.

Dr. Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan passion dirinya untuk melihat transformasi dan metamorfosis seseorang usahawan. – SM

Artikel berkaitan > Sandiaga lancarkan kerjasama RichWorks bimbing usahawan Indonesia

(Visited 378 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button